Sunday, November 30, 2008

Hujan dan musim tengkujuh...

assalamualaikum...

Dah dua tiga hari tak up date blog ni...

harap para peminat semua jangan la kecewa ye...

he..3 perasan la pulak ...



hujan dan musim tengkujuh...

Itu yang berlaku di pasir mas kelate ni..

ore klate kato..huje tok leh nok celek mato..

lebak sungguh...air sunga pung naik tinggi la we...

tak tahu la rumah aku ni naik air (banjir).. ke tak...

setakat ni pernah sekali aje rumah naik air....

masa aku tingkatan 1...

aLKISAH masa tu aku bersekolah asrama di SMKA Wataniah...bukan sekolah askar tau..

warden semua dah pesan tak boleh balik kampung minggu tu..

satu...sebab minggu tak dibenarkan balik..

dua. sebab banjir..

Aku and the geng...masa tu nama famous "geng-geng pasir mas' laa....
yang bersekolah di Machang..

mintak jugak nak balik kt warden..
ha..3 warden tak bagi... tapi kami fly juga...

last2 on the way naik bas nak balik p.mas tersangkut kat kem kijang...

bas terpaksa cari jalan lain ... untuk ke pasir mas..



kecoh la jugak kat asrama dan kat rumah..

kita orang tak sampai2 walau dah pukul 8 mlm

itulah akibat balasan pada insan-insan yang degil ni..

akhirnya kami diselamatkan oleh salah seorang ibubapa geng aku ni..

bawak balik kami ke rumah..

oh ye.. sebelum itu ingin aku perkenalkan sahabat2 ku yang diingati ni..

iaitu... Yuzie..Noni...Ima...dan nani ..(aku la tu)



sampai kat rumah... mlm tu rumah aku naik air..

hikmahnye di sini...Allah nak suruh aku bantu famili angkat barang2...

lari dari banjir... kita org duk kat Hospital LAti... 2, 3...hari



lepas seminggu.... baru kami balik semula ke sekolah SMKA Wataniah yang tercinta tu...

geng kami bertambah famous dengan sindiran2 sinis dari warden...

Warden yang paling happening dalam sepanjang kehidupanku di sekolah itu selama tiga tahun...

namanya Ustaz Yusuf...

Ustaz....terima kasih atas segala jasa dan mendidik kami menjadi 'manusia'..

semoga Ustaz dicucuri rahmat dan keredhaan oleh Allah...amin



anak aku ni pun suke jugak main air hujan ni..

tapi aku tak benarkan... nanti demam...ibu gak yang susah...

dua tiga harini dia tengah tolong abah aku siapkan bangsal kami kat depan rumah..

eh tak percaya? ..cuba tengok video ni...

3 comments:

Zuhair Hasan said...
This comment has been removed by the author.
Zuhair Hasan said...

wakakakakaka....
kelakar le anak ayah nih....
adusss....rindu menyentap jiwa dan sanubari secara tiba-tiba... sudah pasti sukar dirongkai dengan hanya kata-kata...
Amir... Insya Allah Januari ini kita berjumpa...bersama ibu juga...

Unknown said...

heheheheh uuwweeeiiii ammmmeeerrr
adik tlg abah tok wat bangsal ek???
hehehhehe jumaat ni achik balik tau :*