Friday, August 19, 2011

doa Ramadhan # 19

Doa untuk Suami dan Aku ( Keluarga )

Bismillahhirahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Para sahabat baginda dan pengikutnya
Muslimin muslimat yang masih hidup dan yg telah meninggal dunia

Alhamdulillah syukurku panjatkan kepada MU Ya Allah
Di atas segala nikmat yang banyak
Dan kasih sayangMU kepada kami

Ya Allah Ya Tuhan ku
Ampunilah dosaku dan suamiku
Dosa yang sengaja dan tidak sengaja
Dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar
Dosa kami dengan Mu dan dengan orang-orang disekeliling kami

YA Allah Ya Tuhan ku
Syukurku kepadaMu kerana menganugerahkan seorang suami kepada ku
Juga Engkau menjadikan aku sebagai seoarang isteri
Engkau yang talah mempertemukan jodoh kami
Kekalkan jodoh kami ini sehingga ke syurga

Ya Allah Ya Tuhan ku
Kasihanilah Suamiku
Tetapkanlah iman suamiku
Tingkatkanlah ketaqwaannya kepadaMu
Tetapkan suamiku di dalam Islam hingga hari akhirat
Tunjukkan suamiku ke jalan yang Engkau redhai
Permudahkanlah segala urusannya di dunia apatah lagi di akhirat
Berikanlah taufiq dan hidayahMu kepada suamiku
Agar suamiku menjadi suami yang soleh
Mununaikan segala amanah yg telah Engkau berikan
Memimpinku dan anak-anakku mengikut syariatMU
Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan
Di dalam jiwa suami untuk menempuh segala cubaan dan cabaran dalam kehipudan ini
Kurniakanlah kesabaran dan kecekalan kepada suamiku
Dalam melayani kerenahku dan anak-anakku
Kurniakanlah ketenangan dan kesihatan kepada suamiku
Agar dapat meningkatkan amal ibadah kepadaMU
Permudahkanlah rezeki suamiku
Rezeki yang banyak melimpah ruah, halal dan diberkati

Pimpinlah suamiku menjadi insan yang taat pada perintahMu
Mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu
Jauhkan suamiku dari segala mara bahaya dan petaka
Jauhkan suamiku dari dengki dan fitnah
Jauhkan suamiku dari perkara-perkara shubhah
Jauhkan suamiku dari perkara laqha dan lalai

Ya Allah Ya Tuhan ku
Bantulah aku dan suamiku menjaga keluaraga ini
Semoga kami terus berusaha menjaga rumah tangga kami
Semoga kami terus berusaha membina keluarga yang sakinah dan mawaddah
Semoga kami terus berusaha menghormti dan menunaikan hak masing-masing
Semoga kami terus berusaha memberi dan menerima seadanya
Semoga kami terus berusaha mencurahkan rasa sayang dan kasih hingga ke syurga

Ya Allah Ya Tuhan ku
Engkau yang menyatukan ku dan suamiku
Satukan kami untuk mencapai redhaMu
Amin Ya Rabbal A'lamin.










No comments: