Thursday, August 18, 2011

doa Ramadhan # 18

Doa untuk Mie dan Abah, Mak dan Bak

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang MAha Pemurah lagi MAha Penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
dan juga para sahabat baginda

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merafa'kan setinggi -tinggi kesyukuran kepadaMu
Di atas kurnaian dan anugerah dariMu
Memberikanku kedua ibu bapa ku dan ibu bapa mertua kepadaku

Ya Allah
Ampunilah segala dosa ibu bapaku
Dosa yang sengaja dan dosa yang tidak disengajakan
Dosa semasa mereka muda dan semasa mereka tua
Dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar
Dosa mereka denganMu dan dengan orang-orang sekeliling mereka
Ampunkanlah ibu bapaku Ya Allah
Aku mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini
Untuk memohon dan meminta rahmat dan kasih sayang dariMu
Untuk Kau ampuni ibu bapaku
Bersihkanlah ibu bapaku dari segala dosa yang memburu setiap hari setiap ketika
Sesunggguhnya Engkau Maha pengampun maka ampunkanlah dosa ibu bapaku

Ya Allah
Berkati dan rahmati ibu bapaku
Berkatilah ibu bapaku
Semoga dengan keberkatan dariMu itu
ibu bapaku hidup bahagia
Tabah melalui setiap dugaan
Dan cekal menempuh cabaran dariMu
Rahmatiklah ibu bapaku
Semoga dengan rahmat dan kasih sayangmu
Dapat Engkau tempatkan ibu bapaku di Syurga FirdausMU
Sediakanlah tempat yang terbaik untuk ibu bapaku setelah mereka meninggal dunia
Kerana ibu bapaku banyak menabur jasa
Jasanya tidak dapat dibalas melainkan
Balasan Syurga

Ya Allah
Ibu bapaku telah mengasihiku memenjak aku masih kecil
Ibu bapaku telah memberikan sepenuh kasih sayang
Ibu bapaku telah mendoakan yang terbaik untukku sehingga kini aku berjaya
Ibu bapaku telah memberikan pendidikan, tunjuk ajar agar aku menjadi manusia berguna
Tidak pernah putus doa mereka terhadapku
Tidak pernah serik pengorbanan yang dilakukan untukku
Tidak pernah mengeluh melayan segala kerenahku
Tidak pernah diminta balas jasanya
Sentiasa memberikan pertolongan
Sentiasa memberikan peringatan dan nasihat
Sentiasa menyembunyikan keresahan
Sentiasa berkorban apa saja, apa saja yang mereka ada
Balaslah YA Allah dengan sebaik-baik balasan

Ya Allah
Tetapkanlah iman ibu bapaku
Keimanan yang teguh kukuh hingga ke akhir hayat
Tingkatkan taqwa ibu bapaku
Ketaqwaan untuk patuh, utuh dan tunduk dengan segala perintahMu
Tingkatkan amalan soleh ibu bapaku
Amal ibadat yang ikhlas keranaMu
Murahkan rezeki ibu bapaku
Rezeki yang banyak melimpah ruah, halal dan berkat
Capaikan segala cita-cita dan harapan ibu bapaku
Cita-cita dan harapan untuk menjejak kaki ke Mekkah
Cita-cita dan harapan melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat
Cita-cita dan harapan bebas lepas dari
Azab api neraka

Ya Allah
Kabulakanlah doaku ini
Doa untuk ibu bapaku
Sempena keberkatan berdoa di bulan mulia ini
Bulan yang mulia dan tidak ditolak bagi sesiapa yang berdoa
Sesungguhnya senjata mukmin adalah doa
Amin...Ya Rabbal 'alamin.


















No comments: