Monday, August 8, 2011

Dedikasi Buat Mak...

Assalalualaikum...aku baru balik dari pontian...balik berpuasa bersama mak mertua

Dari redup matanya...aku merasakan dia berasa tenang
Setenang air sungai yang mengalir..
Walaupun bersendirian di rumah itu..
Di situ tersimpan segala kenangan..
Yang tidak dapat dan mungkin takkan luput dari ingatannya..

Tak kala kini semua anak-anaknya telah berjaya..
Membina hidup masing-masing...
Bagi pendapatku...dia telah berjaya memikul amanah sebagai seorang Ibu Mithali
Selepas ketiadaan suaminya, berterusan mendidik anak-anaknya
Pesanan demi pesanan tak pernah lekang dari bibirnya
Kepada anak yang tua apatah lagi anak yang muda
Sentiasa diberi peringatan dan nasihat
Agar mengharungi hidup ini dengan penuh ketakwaan
Bersyukurku dikurniakan mertua sepertimu

Segala kesenangan dunia dipandang ringan saja..
Berpada sudah cukup...
Aku dapat merasakan hatinya amat dan teramat rindu
untuk bersama dengan suaminya...
Yang sedang menunggu di sana...
Amanah yang Bak(ayah mertua) tinggalkan kepadanya
Telah sempurna dilaksanakan..

Hatiku tersentu dan tersentap bila mana..
Setiap ceritanya, kata-katanya, luahannya semasa kami bersembang
Sering dikaitkan dengan kenangnya bersama Bak ...
Mak, nani dapat merasakan perasaan rindu itu..
Walaupan aku tidak berkesempatan bertemu dengan Bak..
Tapi aku rasa dan dapat mengenalinya...
al-fatihah untuk Bak...

Wahai Allah..
Izinkan kami anak menantu Pn Hajjah Halimah dan Hj Hasan
Menjadikan mereka idola dalam membentuk keluarga kami....
Keikhlasan mereka, kecintaan mereka, kasih sayang mereka...
Ketelusan mereka, kebertanggung jawaban mereka...
Kebersamaan mereka, kecekalan mereka...
Ketakwaan mereka...menjadi tanda aras yang patut dicontohi..