Saturday, December 19, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

1 Muharam 1431 yang amat bermakna...
4.30 pg mak kt pontian call...ada kematian ayah mertua abg ipar aku
pg ni sbnarnya nak balik p.mas sempena majlis pertunangan sepupu yang paling rapat
keputusannya...balik johor dulu then balik p.mas
apa yang Allah tentukan utk kami memang banyak hikmahnya
melihatkan mayat yang terbujur kaku..adalah
seorang imam, juru nikah, merupakan orang soleh...
masjid adalah tanah wakafnya..
ramai orang datang...untuk memberi penghormatan terakhir
meninggal dunia yang fana di pagi jumaat 1 muharram 1431
ahli solat jenazah adalah ahli jemaah solat jumaat
betapa insan ini dimuliakan ALLAH...
peristiwa ini telah Allah rancang untuk jadikan
1 Muharram 1431
adalah hari peringatan dan muhasabah diri
....tanpa disangka, aku ditempelak dek yakinlah setiap yang hidup pasti akan mati
tanpa disangka, aku ditempelak...tiada apa yang mampu dibawa untuk berhadapan dengan
Yang Maha pencipta kecuali amalan soleh..
..tanpa disangka, aku ditempelak mulianya insan apabila kita dimuliakan oleh Tuhan
....tanpa disangka, aku ditempelak..berbuatlah amal solah sebelum mati..
...dalam terlampau sibuk untuk dunia, yang belum pasti dapat..
waspadalah untuk berpada-pada kpd dunia dengan niat untuk mengumpul
segala amalan hidup seharian buat bekal di akhirat kelak.
sibukkanlah diri untuk membuat bekal akhirat...pastinya dunia kita akan dapat
contohnya berkerja dengan bersungguh-sungguh dengan rezeki yang diperoleh
dapatlah mengeluarkan zakat dan bersedekah
kerana
wang dan harta pasti habis diguna...tapi pahala amalan soleh
menemani kita di alam kubur sana
sibukkan diri untuk membuat bekal hari selepas kematian
kerana.....
janji Allah, pahala kita pasti akan dapat
al-fatihah untuk Allahyarham Ust Abd Razak..semoga rohnya dicucuri rahmat