Sunday, November 8, 2009

ONE MAN SHOW!!!!!!

Pagi ni nak bilik Pn Rosemand (PK1) untuk print sijil kat budak2 UKM tu dan nak fotocopy borang senarai nama pelajar.... ehmm sempat tak ni , nanti nak dptkan tanda tangan pengetua lagi...
Kring...kring... helo ..." akak, ila mintak maaf, tak dpt datang pagi ni. Mintak orang lain gantikan ila ye...." HAAAA ila, nape baru call pagi ni...alamak nak mintak tlg sape ni uruskan program form 3.....PENING.

Tanggal 5 Nov 2009 hari khamis semasa mengendalikan PROGRAM SELEPAS PMR untuk pelajar Ting 3 memberikan pengalam yang tak dapat aku lupakan.

Dengan tidak berfikir panjang , aku terus mintak semua pelajar form 3 masuk dan berkumpul di dalam makmal. Slot pertama ialah pertunjukan slide. Tetiba kumpulan pelajar UKM yang akan datang untuk menjayakan program ini sesat jalan dan tersangkut dalam jem kat tol kajang. Pelajar masih lagi berkumpul di dalam makmal walaupun sudah mula gelisah. Keadaan yang penuh itu menjadikan pelajar rasa kurang selesa. Disebabkan pelajar ramai, aku minta pengawas meminjam pembesar suara dengan PK KOKO.



Sblm PK KOKO memberi kebenaran, dia tanya program kami dibuat di mana? mendengarkan jawapan nya di makmal, terus dia rujuk PK 1. Dengan serta merta PK1 mintak aku naik ke pejabat, berjumpa dengannya. " Muhaini, kenapa buat program kat makmal. You tak tahu ke tak boleh guna makmal kecuali untuk P&P Sains sahaja". Memang aku tak tahu, lagi pun dalam fikiranku ianya sekejap sahaja sbb selepas tu pelajar akan ke dewan terbuka untuk aktiviti kump.
Baik Pn, nanti slps slot pertama ni saya pindah tempat. Nak dijadikan cerita, rentetan drpd kelewatan tetamu yang tak dapat dielek......tetiba " Kak Nani, ada seorang budak pengsan kat makmal..!!!!! Alamak ianya berlaku 2 ninit sblm tetamu jemputan sampai.
Sepantas kilat, dan kami tidak berlengah lagi untuk pindah ke tempat lain. Bilik Seri Bayu menjadi pilihan, walaupun ianya agak basah sbb baru lepas dimop.
Maka slot tanyangan slide dibatalkan. Nasib baik budak2 UKM tu ada plan kontingensi untuk shifted slot with another activity.
Sementara itu, sempatla aku plan set up LCD dan skrin kat Bilik Seri Bayu ni.
Perjalanan program berlangsung dengan lancar. Pada awalnya pelajar nampak macam tidak mengambil bahagian, tetapi selepas 15 minit...minat pelajar telah timbul dan mereka semua ambil bahagian dalam aktiviti mengapungkan klip kertas dalam gelas polisterin yang berisi air.
09.55 pelajar keluar rehat, aku pesan agar mereka dapat masuk semula ke bilik ini pukul 10.15 untuk slot seterusnya. Aras pengukuran untuk aku mendefinasikan pelajarku berminat dan gembira dengan progam yang aku rancangkan untuk mereka ni ialah...tanpa perlu bersusah payah dan mengejar mereka masuk semula ke tempat program. Dengan sendirinya pelajar datang semula ke tempat program tepat pada masanya. Bersedia dan tidak sabar untuk mengikuti slot seterusnya...alhamdullillah.
(Bersambung)